Takaful i-Great Amal untuk jemaah haji, umrah

GREAT Eastern Takaful Sdn Bhd (GETSB) menyasar sumbangan RM25 juta hingga RM30 juta bagi pelan takaful pertamanya tahun ini, i-Great Amal dalam tempoh 14 bulan akan datang dengan pemegang polisi antara 30,000 dan 50,000 pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamad Salihuddin Ahmad berkata, i-Great Amal adalah pelan takaful keluarga bagi memberi perlindungan kepada umat Islam ketika mengerjakan haji dan umrah.

Sekalung tahniah buat Annuar Agency

Sekalung tahniah buat Annuar Agency di atas kemenangan di dalam contest takaful anjuran Great Eastern Takaful. Tahniah buat GAM Annuar bin Mohd Rohaini daripada Annuar Agency di atas anugerah yang diterima beliau sebagai Champion Whole Group dan Direct Group daripada Great Eastern Takaful dan keluar di dalam akhbar Berita Harian dan The Star pada 23 Ogos 2011 yang lalu. Beliau boleh dihubungi di talian 013-7706058

Sememangnya beliau layak menerima anugerah ini di atas dedikasi dan semangat berkumpulan serta daya kepimpinan memimpin agen-agen di dalam kumpulan beliau bagi memberikan yang terbaik hingga mencapai tahap ini.

Setinggi-tinggi tahniah buat rakan agen seperti Siti Aida Mohd Nor dan Rosazaman Sarifdin di atas kategori personal sales serta rakan-rakan yang lain:)

Salam perkenalan daripada Annuar Agency

Assalamualaikum,

Alhamdulillah…akhirnya blog ini berjaya dilancarkan hari ini untuk pihak kami berkongsi segala cerita dan perkembangan aktiviti di Annuar Agency.

Pejabat kami terletak di Bandar Sri Alam, Johor dan menawarkan khidmat perancangan kewangan termasuk insurans hayat dan takaful mewakili syarikat insurans hayat no.1 di Malaysia iatu Great Eastern Life (M) Bhd.

Annuar Agency diterajui oleh Group Agency Manager iaitu En. Annuar bin Mohd Rohaini dan sehingga kini pihak agency telah melahirkan ramai pengurus agensi dan para agen yang berjaya di sekitar Pasir Gudang dan Johor Bahru.

Nantikan perkembangan seterusnya di blog ini di mana segala maklumat dan perkembangan terkini tentang insuran hayat, takaful dan juga aktiviti agensi akan dikemas kini dari masa ke semasa.